Home Alone 3

Home Alone 3 ialah filem komedi keluarga Amerika Syarikat 1997 ditulis dan diterbitkan oleh John Hughes. Ia merupakan filem ketiga dalam siri filem Home Alone dan yang pertama tidak menampilkan Macaulay Culkin dan barisan pelakon dari dua filem terdahulu, pengarah Chris Columbus dan komposer John Williams. Filem ini ialah arahan pertama Raja Gosnell, yang berkhidmat sebagai penyunting untuk dua filem asal. Ia dibintangi oleh Alex D. Linz sebagai Alex Pruitt, bersama-sama dengan Scarlett Johansson, David Thornton, Olek Krupa dan Rya Khilstedt.Kesinambungannya, Home Alone 4: Taking Back the House, diterbitkan untuk tayangan di televisyen dan dikeluarkan pada 2002.